Sunday 31 July 2016

PERGHHHH!!!!!....ROZITA CHE WAN...DULU DAN KINI MELETOP TETAP MELETOP BEB

rozita che wan






Pergh. Gila beza gambar Rozita Che Wan time kawin dulu. Tapi still maintain cun melecun. Apa cerita agaknya bekas suami Rozita Che Wan. Mesti kecewa melihat bekas isteri makin cun melecun sejak diceraikan.
Kita tunggu pulak bila Rozita Che Wan nak berkahwin untuk kali kedua. Mesti lagi meriah dan lagi gah. Sesiapa tolong gi masuk meminang dia nie. Gambar ehsan ZonArtis.


SUDAH-SUDAH LA TU.. NAK GEMPARKAN APA LAGI...?

Status perkahwinan kedua Adi Putra akhirnya telah terjawab apabila pelakon berkenaan mengadakan satu sidang media khas baru-baru ini.
Tambah Adi lagi, isteri pertamanya Aida Yusof juga mengetahui tentang perkahwinan kedua beliau dan tiada masalah yang wujud antara kedua-dua isterinya. Dalam erti kata lain, Adi ingin memberitahu bahawa beliau mendapat kebenaran daripada Aida untuk berkahwin sekali lagi.
Walaubagaimanapun, jawapan Adi itu tidak dapat menyakinkan sesetengah pihak dan mereka mahu Aida sendiri menjelaskan perkara sebenar.
Namun, Aida tetap tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai perkara berkenaan dan enggan membuka aib suaminya.
Sebagai suami, Adi sudah jelaskan dalam sidang media. Dia mengaku sudah berkahwin lagi. Jadi, saya anggap itu benar dan segala desas-desus sudah terjawab. Selain itu, saya juga mempunyai prinsip sendiri iaitu tidak akan sesekali mengaibkan suami saya walau dalam apa juga keadaan.
Saya hormati tugas wartawan untuk mendapatkan berita. Tetapi, saya seboleh mungkin mahu elakkan untuk menjadikan sesiapa mangsa keadaan, buat waktu ini. Bagaimanapun kalau ada sesiapa mahu meramalkan apa-apa tentang kami, apa yang boleh saya katakan, tunggu sahajalah.
Sungguh bertuah Adi mempunyai seorang isteri yang kekal tabah dan masih tidak mahu membuka aib suaminya. Hmmph, tidak mengapa biarlah Aida tenang dahulu dan jangan terlaku menghimpit beliau dengan pelbagai soalan. Hanya mereka yang tahu apa yang terbaik buat masa depan rumah tangga mereka.


Agak lama juga Emma Maembong dan Kamal Adli bercinta, tetapi mereka berdua....???????

Agak lama juga Emma Maembong dan Kamal Adli bercinta, tetapi mereka berdua sehingga kini tidak berkongsi sebarang perkembangan lanjut mengenai hubungan mereka meskipun kedua-duanya pernah mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Buat Emma, pengalaman lalu mengajar beliau untuk tidak terlalu berkongsi kisah peribadi kepada umum. Apa yang Emma harapkan ialah peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Tambah Emma, beliau dan Kamal akan berbincang mengenai hala tuju hubungan mereka sebaik sahaja Kamal pulang daripada menjalani penggambaran drama di luar negara.
Apa yang dapat yang kongsi ketika ini, doakan saja yang terbaik buat saya dan Kamal. Sekiranya tiada lagi jodoh antara kami berdua, orang ramai di luar sana tidak menjatuhkan hukuman kepada kami.
Buat masa ini saya masih menunggu kepulangan Kamal yang sedang menjalani penggambaran di luar negara. Sebaik saja dia pulang, kami akan duduk berbincang bagi menentukan hala tuju hubungan ini.
Oleh itu, saya memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai kisah percintaan kami. Saya banyak belajar daripada pengalaman lalu dan tidak mahu peminat jelak dengan lambakan gosip cinta semata-mata.
Ramai yang ingin melihat hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong berakhir di jinjang pelamin. Pada kami kalau keserasian itu sudah ada dan masing-masing boleh terima setiap baik dan buruk pasangan, janganlah ditangguh lagi benda yang baik. Soal cinta, selepas nikah juga perasaan itu boleh bertambah dari hari ke hari dan kata orang lebih indah. Ermm..Apa-apa pun kami doakan yang terbaik buat mereka berdua.


GAMBAR TERBARU WAN ZALEHA RADZI YANG MENGGEMPARKAN SEMUA PIHAK...

Terkejut kera sekejap kami bila tengok gambar terbaru Wan Zaleha Radzi nie. Kurus kering gila-gila punya nie. Rasanya dulu dia berisi jugak, tak tahu napa jadi macam nie sekarang. Makan hati ker?
Oh ya untuk pengetahuan anda gambar ini diambil semasa Wan Zaleha jadi model untuk pakaian kuda. Mungkin dia kurus sebab banyak guna tenaga tunggang kuda kot?
Ada satu lagi gambar jarak dekat untuk anda melihat tahap kekurusan sebenar Wan Zaleha. Baca artikel ini sepenuhnya untuk lihat gambar tersebut.
gambar wan zaleha radzi


5 GAMBAR PERKAHWINAN KOLEKSI PERIBADI DATUK RED DAN ADIRA YANG TAK PERNAH DIPAPARKAN...

Majlis resepsi perkahwinan penyanyi Adira Suhaimi dan Datuk Seri Adenan Abu atau lebih dikenali sebagai Dato’ Red telah berlangsung malam semalam di sebuah hotel di Ranau, Sabah. Ini beberapa keping gambar dari majlis resepsi itu.
 photo 12910237_196678160712938_1501979111_n.jpg
 photo 12277561_885063758280213_1864684362_n.jpg
Majlis tertutup itu dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan tersebut.
Adenan mengakui sudah bernikah dengan Adira pada 3 Disember tahun lalu di Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand.
Menurutnya, pernikahan itu menggunakan wali hakim dan dua individu warga Thailand menjadi saksi.
Tambahnya, dengan sekali lafaz, Adira sah menjadi isterinya dengan mas kahwin sebanyak RM1,000 tunai.
Sebelum ini terdapat desas desus bahawa Adira telah hamil anak kembar namun mengalami keguguran. Adira bagaimanapun enggan memperkatakan mengenai desas desus itu.
Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 photo 12899644_196678134046274_1120194520_n.jpg
 photo 12531043_999466633474423_421037230_n.jpg
 photo 12919262_196678144046273_265487975_n.jpg


SUHAIMI - STATUS ZUHUDNYA SEMAKIN HANGAT DIPERKATAKAN

Malah, Suhaimi tidak berhenti memuat naik lagi beberapa status dan ada yang melabelkan beliau cuba untuk mencari publisiti murahan.
Terbaru, Suhaimi menerusi portal mStar Online memberitahu beliau turut menerima ugutan daripada beberapa individu yang menghubungi beliau melalui mesej peribadi di laman sosial.
Saya terima banyak ugutan daripada beberapa individu tidak dikenali kerana mereka tidak bersetuju dengan pendapat yang saya utarakan di Facebook.
Ramai yang ugut nak pukul, pijak dan macam-macam lagi jika jumpa saya. Saya sendiri tidak faham kerana pada saya apa yang saya tulis adalah pendapat dan cara hidup saya itu tidak menganggu kehidupan mereka.
Gara-gara isu status Facebooknya yang viral, Suhaimi juga akui ia banyak memberikan kesan terhadap kariernya kerana lebih daripada tiga persembahan beliau dibatalkan oleh pihak penganjur pada saat akhir kerana tidak mahu mengundang kemarahan penonton.
Saya tahu ramai yang tidak suka, malah ada yang kata ingin ludah saya jika jumpa di luar. Perkara itu membuatkan saya jarang keluar rumah sehinggakan ingin ke masjid pun saya kena fikir dua kali.
Sejak viral itu juga lebih tiga persembahan saya dibatalkan kerana tidak mahu kejadian tidak diingin berlaku. Sejujurnya memang sedih tetapi saya percaya ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi.
Berbicara mengenai dakwaan beliau menggunakan anak-anaknya untuk meminta sedekah, Suhaimi menjelaskan ia salah satu aktiviti untuk mendapatkan dana untuk sebuah persatuan kebajikan di Sabah. Mereka sebenarnya dilantik sebagai duta persatuan kebajikan tersebut.
Saya dan isteri menjadi duta untuk sebuah persatuan kebajikan di Sabah dan kami memang sering mengikuti aktiviti mereka untuk mengutip dana. Anak-anak saya juga selalu dibawa untuk melatih mereka berhadapan dengan orang ramai.
Kehidupan Suhaimi juga berubah kerana isu viral berkenaan. Walaubagaimanapun, beliau masih meminta agar orang ramai menghormati cara hidup beliau dan jangan cetuskan sebarang persoalan lagi.
Tidak perlu lagi kita meluahkan pendapat mengenai isu Suhaimi Saad lagi. Kalau dia gembira dengan cara hidupnya biarkan sahaja.


PEKIN DALAM DILEMA MENCARI PENGGANTI - TERLALU RAMAI YANG BERTANYA...

Selepas putus tunang bersama Uqasha Senrose, ramaiyang tertanya adakah Pekin Ibrahim sudah patah hati kerana beliau seakan hidup sendiri tanpa wanita di sisi.
Walaubagaimanapun, sejak beberapa hari lepas ada yang mengatakan Pekin sebenarnya sedang hangat bercinta dengan seorang wanita yang berasal dari luar negara.
Tidak mahu terus berahsia tentang kisah peribadinya, Pekin akhirnya mengakui beliau sudah lebih daripada setahun menjalinkan hubungan dengan seorang wanita berasal dari London dan hubungan mereka agak serius.
Jelas Pekin, kekasihnya itu merupakan seorang model di London yang sudah memeluk Islam.
Memang betul wanita seperti yang didengar itu adalah kekasih saya yang berasal dari London. Kami sudah berkenalan lebih kurang setahun dan sudah enam bulan kami serius.
Sebenarnya saya tertarik untuk mendekatinya kerana dia sudah memeluk agama Islam dan nama Islamnya ialah Iman.
Wah, boleh tahan juga Pekin Ibrahim mengorat bukan? Boleh dapat wanita daripada luar negara lagi. Hehe..Alhamdullilah.. Semoga hubungan Pekin Ibrahim dan kekasihnya itu dapat berakhir di jinjang pelamin.