Individu dinamakan DOJ digesa bersihkan nama
\
PUTRAJAYA
- Kerajaan mahu individu yang dinamakan dalam laporan Jabatan Kehakiman
(DOJ) Amerika Syarikat bertindak membersihkan nama masing-masing bagi
memastikan tiada penyalahgunaan wang rakyat berlaku seperti dilaporkan.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mengambil serius
laporan DOJ itu dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua
pihak dalam siasatan.
"Sebab
itu bila keluar laporan DOJ, kerajaan tetap memandang berat perkara
tersebut dan mahu supaya siapa yang dinamakan itu ambil tanggungjawab
bersihkan nama mereka, pastikan tiada wang rakyat disalahgunakan.
"Jadi,
janganlah kita terbawa-bawa dengan hal ini, serahkan kepada proses
keadilan sewajarnya kerana kita percaya lambat laun kebenaran akan
diketahui jua," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan surat
tawaran menunaikan fardu haji 1437H/2016 di Masjid Tuanku Mizan Zainal
Abidin di sini hari ini.
Pada
majlis itu, seramai 1,100 orang yang terdiri daripada imam, ketua
kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK) menerima surat tawaran tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd
(1MDB).
Jabatan
Kehakiman Amerika Syarikat baru-baru ini memfailkan saman sivil bagi
mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa
diselewengkan. – Bernama
0 comments:
Post a Comment