Sunday 31 July 2016

Filled Under:

Tiada angin tiada ribut, Mingguan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar telah selamat bertunang

Tiada angin tiada ribut, Mingguan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar telah selamat bertunang pada 23 Julai lalu. Majlis pertunangan telah berlangsung di rumah bekas personaliti TV3 itu di Desar Hartamas, Kuala Lumpur. Majlis ini telah diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga tredekat sahaja.
azrinaz wak doyok bertunang
Menurut Mingguan Malaysia, tarikh perkahwinan masih belum ditetapkan. Tulis Mingguan Malaysia:-
Majlis pertunangan mereka secara tertutup sahaja. Hanya membabitkan keluarga terdekat dan tida ramai tetamu luar dijemput hadir. Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana.
wak doyok azrinaz bertunang
Sekira berita ini benar, jutaan tahniah diucapkan kepada Wak Doyok dan Azrinaz. Semoga ikatan ini akan bersambung sehingga ke jinjang pelamin. Tahniah Abang Nara ucapkan. Sumber Mingguan Malaysia.




0 comments:

Post a Comment