Jangan sangka mereka yang bekerja saja perlu cemerlang, wanita yang bergelar suri rumah juga harus bercita-cita agar cemerlang menguruskan rumah tangga. Jadi bagaimana mahu meraih anugerah ini. Tip berikut perlu anda ikuti:

1. Impian
Tulis, bincang dan tampalkan impian rumah tangga anda bersama pasangan iaitu suami. Daripada impian itulah, suri rumah boleh rancang pelaksanaannya secara bersama-sama. Libatkan suami dalam impian anda. Suami akan merasakan dirinya lebih dihargai dan menjadi sebahagian daripada impian anda.

2. Ilmu
Ilmu adalah cahaya. Cahaya yang membawa seseorang kepada impian yang dilakarkan. Asingkan bajet bulanan keluarga untuk bajet ilmu seperti kelas dan buku-buku yang diperlukan.

3. Atur Kewangan
Kewangan adalah nadi utama keluarga. Buat bajet bulanan yang membahagikan antara perbelanjaan utama, perlindungan, pendidikan anak-anak dan lain-lain. Merujuk kepada Bajet Kewangan, anda boleh menentukan sama ada anda memerlukan pendapatan sampingan atau tidak.

5. Kerjasama
Keluarga dan kerjaya sama pentingnya. Anak-anak yang membesar perlu mengetahui bahawa mereka mempunyai seseorang untuk mereka berkongsi cerita. Kerjasama dan kefahaman di antara suami isteri amat penting untuk memahami bahawa fungsi kedua-dua mereka amat penting demi kelangsungan keluarga mereka.