Dari sebelum berkahwin dan kini telah memiliki dua orang cahaya mata, Ayu Raudhah masih kekal cantik seperti dulu. Ditambah pula dia kini telah mengeluarkan produk sendiri, Ayu semakin bertambah berseri. Apa rahsianya?
 
“Ayu rasa semua wanita mahu kelihatan cantik. Sebenarnya sejak dahulu lagi, ketika diri masih belum menceburi bidang lakonan, Ayu memang suka menjaga kecantikan. Begitu juga setelah berkahwin, Ayu menjaga penampilan dan kecantikan untuk suami di rumah mahupun ketika keluar.
 
“Ayu tidak mahu hanya cantik ketika melakukan penggambaran filem sahaja. Penampilan perlu dijaga. Ayu bercakap bukan sebagai artis tetapi sebagai seorang wanita yang telah bersuami. Bagi Ayu sebagai isteri kita perlu cantikkan diri untuk suami. Ayu sangat-sangat menjaga kecantikan. Lagi-lagi mendapat suami yang muda. Ayu cuba setakat yang termampu. Selebihnya terserah pada Tuhan.”  
 
Bercerita pasal kecantikan, Ayu memang tidak dapat lari daripada dibandingkan dengan kakaknya Rozita Che Wan.
 
“Keluarga Ayu memang suka melawa. Masing-masing suka memberi cadangan agar diri kelihatan cantik. Mungkin ada orang membanding-bandingkan kami. Tetapi Ayu tidak rasa ada yang lebih dan ada yang kurang antara kami.  Ayu tidak cemburu dengan Che Ta. Ayu rasa bangga dengan Che Ta. Kami sangat rapat dan sentiasa menyokong satu sama lain. Ini termasuklah dalam bisnes. Jika ada yang ingin beli produk Che Ta, Ayu akan tolong jualkan.” 
 
PROJEK JAGA HATI PASANGAN
 
Dalam menjaga kebahagiaan rumah tangga pula, apa yang penting adalah bertolak-ansur dari kedua belah pihak. Ayu bersyukur kerana mendapat suami yang senang untuk bertolak-ansur dan senang berbincang dari segi apa sahaja. Dia bukan jenis kepala angin. Lima tahun Ayu berkahwin, dia tidak pernah meninggi suara. Kalau ada apa-apa tidak kena, kita akan diam. Bila sudah sejuk baru berbincang.” 
 
Cantiknya perjalanan pasangan suami isteri andai masing-masing tahu redha. Begitulah yang dilalui pasangan serasi ini, bagi mereka harta benda boleh dicari kerana itu rezeki yang Allah beri tetapi nyawa kalau hilang memang tidak dapat diganti. Apa yang hilang itu Allah akan beri benda lain yang lebih baik. Mesti ada hikmah. Ayu percaya benda itu tidak ada takut. Ikuti cerita penuh mereka berdua sepanjang meniti kebahagiaan bersama anak-anak