Monday, 18 July 2016

Filled Under:

INILAH AKIBATNYA BILA UNDANG-UNDANG DI LETAKKAN DI TANGAN SENDIRI.... SIFAT PERIKEMANUSIAAN DAH JADI KEPERIBINATANGAN


Lelaki terlanggar kereta mati dipukul (full-text feed)

You are viewing an auto-generated full-text RSS feed. RSS feeds allow you to stay up to date with the latest news and features you want from websites.
Below is the latest content available from this feed.
  • Lelaki terlanggar kereta mati dipukul
    LELAKI yang mati dipercayai akibat dipukul sekumpulan pelanggan gerai makan di kawasan kediaman PPR Pantai Dalam, awal pagi tadi.
    KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mati dipercayai akibat dipukul sekumpulan pelanggan gerai makan di kawasan kediaman PPR Pantai Dalam di sini, awal pagi tadi.
    Mangsa berusia 48 tahun itu dipercayai dipukul selepas kereta dipandunya terlanggar kenderaan yang diletak di tepi gerai makan PPR Kampung Limau, Pantai Dalam di sini.
    Dia dikatakan melarikan diri selepas kejadian tetapi dikejar pelanggan yang tidak berpuas hati dengan tindakannya itu.
    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata mangsa ditemui tertiarap dalam tempat duduk belakang kereta Honda Accord dipandunya kira-kira jam 1.30 pagi.
    "Pemeriksaan awal pasukan perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan serius pada kepala selepas disyaki dipukul dengan objek tumpul.
    "Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek," katanya kepada BH, sebentar tadi.
    Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




0 comments:

Post a Comment