Saturday, 16 July 2016

Filled Under:

‘Macam bermimpi saya nikah lagi’ - Selepas enam tahun bergelar ibu tunggal, semalam aktres Emma Akma, 46, Dia bersetuju mendirikan rumah tangga sebulan selepas dilamar





Selepas enam tahun bergelar ibu tunggal, semalam aktres Emma Akma, 46, sah bergelar isteri kepada Omar Ramli, 47, dengan dua kali lafaz. Emma menerima mas kahwin sebanyak RM460.00 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh.
Dia bersetuju mendirikan rumah tangga sebulan selepas dilamar Omar, April lalu dan berharap perkahwinan kali ketiga ini kekal hingga akhir hayat.
“Macam bermimpi saya nikah sekali lagi. Jika tengok pada usia dan kesihatan, siapalah yang mahukan saya.
“Ketika dilamar suami saya tidak yakin. Mungkin inilah yang dikatakan jodoh.
“Saya berharap perkahwinan ini kekal hingga ke jannah. Memandangkan ini juga perkahwinan ketiga buat suami, dia pun berharap perkara sama,” katanya.
Emma turut berkongsi dia mengenali Omar sejak 10 tahun lalu apabila mengambil anak bongsu jejaka itu sebagai anak angkatnya.
“Saya ambil Dayang Izzati ketika usianya tiga bulan. Saya berjanji tidak akan memutuskan hubungan mereka malah Izzati juga tahu dia anak angkat.
“Selepas bercerai pada 2009, saya tidak lagi berjumpa Omar sehinggalah dia hadir meraikan hari jadi Izzati yang ke-10. Kali pertama jumpa, kami biasa sahaja, tetapi dalam pertemua kedua dia melamar dan hadiahkan saya sebentuk cincin.
“Agak terkejut juga sebab ia berlaku secara tiba-tiba. Dia beritahu saya mahu berkahwin dengannya sedangkan menurut Izzati dia yang mahu mengahwini saya. Tanpa disangka, itu semua rancangan Izzati yang mahu menyatukan kami,” katanya.
Emma tidak ketinggalan menzahirkan perasaan terharu di atas keikhlasan Omar mahu menjaganya dan Izzati. Kesungguhan yang ditunjukkan Omar secara tidak langsung membuka pintu hatinya untuk menerima suaminya itu.
“Saya tanya suami kenapa memilih saya sebagai isteri sedangkan dia boleh mencari wanita lebih muda. Dia jawab dia tahu saya ada ketumbuhan dalam rahim dan kerana itu da mahu menjaga saya.
“Dia mahu membalas jasa saya membesarkan anaknya. Saya minta masa untuk berfikir perkara itu sedalam-dalamnya. Bukan apa, selama ini hubungan kami seperti adik dan abang,” katanya.
Pasangan ini dinikahkan jurunikah Masjid As Shakirin Gombak Ustaz Ahmad Mujahiddi Datin Seri Banquet Centre, Gombak.
Dalam majlis itu Emma tampak ayu hasil sentuhan jurusolek Juliana Ahmad sementara pelamin dan deko tajaan Julie Bridal House.
Tidak mengharap anak
Memandangkan keadaan kesihatannya kurang mengizinkan, Emma dan suami tidak meletakkan harapan tinggi dikurniakan cahaya mata.
“Siapa yang tidak mahukan anak, tetapi dalam keadaan sekarang peluang saya agak tipis. Tambahan pula, pasa usia 46 tahun saya tidak mahu ambil risiko. Apapun, semua itu ketentuan Ilahi. Kalau ada rezeki, syukur,” katanya.
Emma sepatutnya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu pada Mac lalu, namun terpaksa menangguhkannya atas beberapa sebab tidak dapat dielakkan.
Hasil perkahwinan pertama, Emma dikurniakan seorang anak lelaki, Zuarin yang kini berumur 23.




0 comments:

Post a Comment