Mangsa hanya mengalami cedera ringan akibat kemalangan itu.
KEPALA BATAS - Berpantang maut sebelum ajal. Itu antara detik-detik
cemas seorang remaja apabila motosikal yang ditunggangnya terjunam ke
dalam parit dalam kemalangan awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dalam perjalanan dari arah Kepala Batas menuju ke Penaga.
Menurut sumber, motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan lalu menyebabkan motosikal itu terbabas dan terjunam ke dalam parit berdekatan.
"Mangsa dikatakan menunggang motosikal bersama rakan-rakannya yang lain apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa bagaimanapun gagal dikawal dan terbabas lalu terjunam dalam parit berhampiran.
"Mangsa bagaimanapun sempat menyelamatkan diri dari terjunam bersama motosikalnya itu, dan hanya mengalami kecederaan ringan," katanya kepada Sinar Harian.
Tinjauan Sinar Harian mendapati kerja-kerja menaikkan semula motosikal milik mangsa dijalankan.
Mangsa, Mohd Zafri Mohd Yatim,16, merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.
Mangsa berasal daripada Permatang Janggus, Penaga.
Sementara itu, ibu mangsa, Norizan Hashim, 50, berkata kejadian itu diketahuinya setelah mendapat panggilan daripada rakan anaknya itu.
"ALLAH sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu, mana tidaknya, dia anak bongsu saya dan dia amat rapat dengan saya.
"Saya bersyukur kerana dia tidak mengalami kecederaan yang serius, apa-apa pun saya sangat bersyukur kerana dia selamat dalam kejadian ini," katanya.

0 comments:
Post a Comment