Buntu cari dana pembedahan mata
Salim (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Rukiah (dua, kiri).
JOHOR BAHRU – Seorang warga emas buntu memikirkan mencari dana untuk
pembedahan mata selepas wang berjumlah RM2,600 miliknya lesap dilarikan
seorang wanita tahun lalu.
Akibatnya, Rukiah Dolmat, 67, yang merupakan pesakit katarak dan kini mengalami separa buta terpaksa menangguhkan pembedahan kedua belah matanya sejak November lepas.
Menceritakan kisahnya, Rukiah berkata, dia telah melaporkan kejadian berkenaan di Balai Polis Kempas hingga menyebabkan wanita berusia 30-an yang menyamar sebagai ahli Puteri Umno itu dihadapkan ke mahkamah pada 7 Mac lalu.
"Kejadian berlaku di kediaman sewa saya di Kempas yang mana wanita berkenaan melarikan sebanyak 14 dokumen penting milik saya termasuk kad klinik, kad juru wang automatik (ATM) dan nombor pin yang membolehkannya mengeluarkan wang berkenaan daripada akaun.
"Wanita berkenaan sudah menerima hukuman setimpal selepas ditahan pihak polis dan dihadapkan ke mahkamah dan saya percaya itu urusan ALLAH SWT.
"Namun, saya buntu memikirkan nasib diri yang masih tidak mampu menjalani pembedahan mata akibat ketiadaan dana. Wang berkenaan adalah hasil sumbangan orang ramai dan sebuah syarikat korporat," katanya.
Dia berkata demikian di kediaman anak lelakinya, Shaifulizan Mahmood, 34, di Kuaters Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Jalan Gertak Merah, di sini, ketika menerima sumbangan kerusi roda daripada Pengerusi Persatuan Prihatin Kempas, Salim Daud.
Rukiah memberitahu, dia mempunyai tiga anak dan hanya dua bekerja namun mereka berpendapatan sederhana.
"Saya juga adalah penerima pencen suami sejumlah RM421 setiap bulan namun ia digunakan untuk menampung kos hidup. Kini, daya penglihatan saya hanya tinggal 30 hingga 40 peratus.
"ALLAH maha adil dan saya reda dengan ujian-Nya serta yakin pasti ada hikmah sebalik semua dugaan ini," katanya.
Menurutnya, dia akan bertemu dengan doktor pada penghujung bulan ini bagi menentukan tarikh pembedahan, namun masih bimbang berikutan tidak mampu menyediakan dana secukupnya bagi membiayai pembedahan tersebut.
"Saya bergerak menggunakan kerusi roda kerana masalah tulang pinggul yang patah selepas terbabit dalam kemalangan tiga tahun lalu, dan mungkin akan menjalani pembedahan berkaitan dalam tempoh terdekat.
"Saya diminta untuk menyediakan wang sejumlah RM3,000 bagi pembedahan mata dan berharap ada insan berhati murni membantu," katanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan kepada Rukiah boleh menghubunginya di talian 07-2200439 atau menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0110029831521963.

0 comments:
Post a Comment