Thursday, 14 July 2016

Filled Under:

Murah, lebih mudah dan menjimatkan kos antara faktor yang dikenal pasti menyebabkan ramai penduduk di negara ini memilih untuk bernikah di Thailand. Bagi mendapat kepastian, cuba mendapatkan maklum balas daripada individu yang sudah lebih daripada 10 tahun membantu pasangan yang ingin berkahwin ke negara berkenaan..



GEORGETOWN - Murah, lebih mudah dan menjimatkan kos antara faktor yang dikenal pasti menyebabkan ramai penduduk di negara ini memilih untuk bernikah di Thailand.
Bagi mendapat kepastian, cuba mendapatkan maklum balas daripada individu yang sudah lebih daripada 10 tahun membantu pasangan yang ingin berkahwin ke negara berkenaan.
Beliau yang ingin dikenali sebagai Muhammad berkata, jumlah pelanggannya semakin bertambah setiap tahun.
Menurutnya, selain faktor itu, kos perkahwinan yang semakin mahal serta sistem birokrasi di negara ini juga penyebab ramai pasangan pengantin memilih untuk bernikah di negara jiran.
Malah katanya, tidak dinafikan majoriti pasangan yang mendapatkan khidmatnya terdiri daripada mereka yang ingin berpoligami.
“Bukannya di Malaysia tidak boleh, tetapi disebabkan karenah birokrasi, mereka mencari jalan lebih mudah untuk mempercepatkan urusan pernikahan mereka.
“Pada pihak saya pula, saya hanya ingin membantu mereka ke jalan yang halal,” katanya.
Pernah didatangi pasangan terlanjur
Muhammad berkata, kebanyakan kes yang ditemuinya ialah pasangan muda yang ingin melangsungkan perkahwinan dengan segera, namun tidak mempunyai belanja yang mencukupi.
“Seperti yang ramai tahu, perbelanjaan perkahwinan pada masa kini menelan belanja sehingga berpuluh ribu ringgit dan bagi pasangan muda sudah tentu ia adalah satu perkara yang menjadi masalah,” katanya.
Namun tegas Muhammad, dia sesekali tidak pernah mengambil pasangan di bawah umur ataupun kes yang didapati boleh melanggar undang-undang di Thailand mahupun Malaysia.
Katanya, dia juga pernah didatangi pasangan yang terlanjur dan meminta dibawa ke Thailand untuk dinikahkan.
“Pada saya kesemua isu ini adalah membantu mereka ke arah jalan yang baik iaitu menghalalkan perhubungan mengikut syarak.
“Namun orang memandang negatif isu perkahwinan di Thailand ini kerana ia dilihat seolah-olah menyembunyikan, itu sahaja,” katanya.
Sedia tiga pakej untuk bakal pengantin
Muhammad yang membantu penduduk di sini bernikah di negara jiran ketika berusia 19 tahun banyak menggunakan pengalamannya ketika belajar di Yala untuk membantu orang ramai.
Dia yang mempunyai pelanggan dari seluruh negara turut menyediakan tiga pakej buat pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan di negara jiran.
Katanya, pakej A, berharga RM1,300, di mana pasangan yang ingin berkahwin dibawa pergi dan balik dalam tempoh sehari sahaja hanya untuk tujuan pernikahan.
"Manakala pakej B, berharga RM1,800, melalui pakej ini pasangan akan disediakan hotel dan juga pendaftaran di pejabat konsulat.
"Pakej C pula berharga RM2,800, ia adalah pakej termahal dengan menyediakan pakej bulan madu kepada pengantin," katanya.
Jelasnya, di Pulau Pinang, individu yang menguruskan perkahwinan sepertinya masih tidak banyak berbanding Kedah mahupun Perlis.
lam Islam sendiri, kita perlu memudahkan orang lain sekiranya ia bertujuan untuk kebaikan,” katanya.
Tidak dapat persetujuan isteri pertama
Sementara itu, bagi Suhaimi, 54, yang pernah melangsungkan pernikahan di Yala, Thailand, berkata, dia mengambil keputusan untuk bernikah di negara jiran kerana tidak mendapat persetujuan daripada isteri pertama.
“Jika di Malaysia, saya perlu turun naik ke mahkamah atau mendapatkan kebenaran isteri, tetapi jika ke Siam, saya boleh terus berkahwin.
“Pada saya halal itu lebih penting dan kini selepas lebih lima tahun berkahwin dengan isteri kedua, isteri pertama saya tidak ada masalah dan kami hidup aman damai," katanya.
JHEAIPP tidak galak penduduk negara ini nikah di Thailand
Dalam pada itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak menggalakkan orang ramai menggunakan jalan pintas dengan melangsungkan pernikahan di negara jiran.
Pengarahnya, Datuk Sazali Hussein berkata, alasan-alasan yang didakwa oleh pasangan tidak sepatutnya berlaku.
“Contohnya kos perkahwinan, itu bukanlah alasan untuk membolehkan kita bernikah di negara lain.
“Perkahwinan itu memerlukan perancangan untuk menjayakannya dan tidak perlu tergesa-gesa, untuk mendapatkan keberkatan kita perlulah melakukannya secara beradab serta teratur.
“Perkahwinan yang dilakukan secara tergesa-gesa juga berkemungkinan menjadi faktor kepada perkahwinan yang kelam kabut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau berkata, pihaknya tidak menggalakkan penduduk di negara ini bernikah di negara jiran juga kerana berkemungkinan melanggar peraturan.
“Jadi bagi mereka yang ingin berkahwin rancang sebaiknya, sebaliknya bukan mengikut hawa nafsu dengan memilih perkahwinan segera," katanya.




0 comments:

Post a Comment