
Bagaimana Meluahkan Cinta
Anda tidak tahu bagaimana meluahkan cintapada seseorang yang anda suka. Setelah anda benar-benar suka dan pasti bahawa itulah orang yang anda cinta dan suka. Namun tidak tahu pula bagaimana meluahkan cinta, bagaimana menyusun ayat untuk meluahkan cinta atau anda takut dan tidak yakin meluahkan cinta.
Ramai yang mencari panduan, tips, kaedah, cara bagaimana, teknik, rahsia, ayat bagaimana meluahkan cinta dengan berkesan. Baik lelaki mahupun wanita, semuanya takut untuk meluahkan cinta dan risau jika cinta tidak berbalas dan sebagainya. Sebagai seorang Muslim, janganlah kita melupakan Allah dalam segala tindak buat dan laku kita. Pohon dan panjatkanlah doa kepada Allah semoga Allah berikan kita kekuatan dan menemukan kita cinta yang sejati dan semoga “lelaki atau wanita” pilihan kita itu baik untuk kita di dunia dan akhirat.
Mencari kekuatan untuk meluahkan cinta ini adalah mohon pertolongan dan doa kepada Allah !
Perkataan-perkataan dibawah merupakan antara yang berkaitan yang sering digunakan ramai lelaki dan wanita untuk mencari maklumat bagaimana cara meluahkan cinta atau cara meluahkan perasaan kasih, sayang dan cinta pada seseorang baik lelaki kepada wanita atau wanita kepada lelaki. Ianya adalah seperti yang dibawah ini.

Malu Meluahkan Perasaan Cinta?
Berikut dikongsikan langkah, petua, panduan, tips, kaedah, cara bagaimana, teknik, rahsia, ayat bagaimana meluahkan cinta dengan berkesan..
a. Ungkapkan cinta dengan sesuatu – Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.
b. Ungkapkan cinta secara langsung – Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.
c. Kenali si dia dengan baik – Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.
d. Siapkan Minda – Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta.
e. Berdoa sebelum mengungkapkan cinta – Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan sahaja dan anda harus pasrah atau redha.
Demikianlah dikongsikan kepada anda semua mengenai langkah, petua, panduan, tips, kaedah, cara bagaimana, teknik, rahsia, ayat bagaimana meluahkan cinta dengan berkesan..
Semoga ANDA berjaya untuk memiliki hati dan cinta seseorang yang anda sukai dan cintai itu.
In sya Allah.

0 comments:
Post a Comment